Le'Roselle Skincare
Rollagen Slim
Whitening Soup
 

Wednesday, 25 September 2013

Banner, Streamer dan Banting


Banner, Streamer dan Banting yang disediakan untuk stokis & pengedar kami




Read more...

Monday, 23 September 2013

MIngguan Wanita Edisi 20-26 September 2013



Read more...

Saturday, 21 September 2013

Khasiat Roselle

KHASIAT ROSELLE

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. Ia merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan vitamin C, mineral dan serat.

Tambah beliau, Roselle juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg kalsium, iaitu jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa  pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh.
Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:





  • Mencegah penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah kanser
  • Demam panas/selesema.
  • Resdung (alergi) dan lelah (asma).
  • Stress/sukar tidur
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengubati pening kepala/migraine
Read more...

Sejarah Ringkas Roselle


Ada pendapat yang menyatakan Roselle berasal dari India namun ada juga yang menyatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Roselle diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang lalu.

Di Malaysia, Roselle dikenali sebagai asam paya, asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia disebut sebagai Jamaican sorrel.

Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dipercayai mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan, Roselle diproses untuk dijadikan minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh minuman kebangsaan orang Sudan.
Read more...

GLUPS!! -- Kordial Roselle

     Jus Roselle Kaya dengan vitamin B1, B2 dan D, yang mengandungi Vitamin C 3x ganda drp anggur (blackcurrant). Ia juga kaya dengan anti oksidan

Bahan yang digunakan
Ø Campuran puri roselle
Ø Gula
Ø Asid sitric
Ø Penstabil & pengawet (sodium benzoit) yang dibenarkan


  


Kelebihan & Kebaikan Jus Roselle
Ø Menurunkan hipertensi & kolestrol dalam darah
Ø Memudahkan system pencernaan & penghadaman makanan
Ø Membantu menguatkan daya ingatan
Ø Mengurangkan keresahan dan tekanan
Ø Awet muda
Read more...

Khasiat Roselle


CARA PENCEGAHAN PENYAKIT MENJADI LEBIH MUDAH, MURAH DAN SEDAP!!!
HANYA DENGAN MINUMAN ROSELLE YANG SEDAP DAN BERKHASIAT!! ROSELLE SATU MINUMAN YANG SEDAP DARI SIRAP(KOSONG DAN HANYA MENGANDUNGI PEWARNA)!!


 ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk: 

* Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik


MULAKAN GAYA HIDUP SIHAT DAN BIJAK SEKARANG!!
Read more...

Kegunaan Roselle

KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN 

Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh. 


KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE 


Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. 


Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapati rozel mengandungi khasiat-khasiat berikut: 



  1. Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik 
  2. Memperlancar peredaran darah. Mengubati luka luar dan dalam. 
  3. Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri. Sebagai diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
  4.  Bersifat detoksifikasi, membuang racun. 
  5. Mempunyai efek anti kejang otot.
  6.  Memiliki zat anti bakteria dan anti virus. 
  7. Membunuh bakteria penyebab TBC. 
  8. Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang. 
  9. Mencegah penyakit jantung. 
  10. Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam. Mengubati asma dan alergi.
  11.  Mengubati insomnia.
  12.  Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
  13.  Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser. 
  14. Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh Menyihatkan mata Menyeimbangkan berat badan. 
  15. Mengurangi panas dalam . 
  16. Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati. 
  17. Mengubati pening kepala/migraine. 
  18. Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol. 
  19. Menghilangkan sakit sakit di badan.
  20. Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA Dapat mengurangi risiko osteoporosis. 
  21. Mengubati sakit tenggorokan dan sawan. 
  22. Mengatasi masalah stress/tekanan. 

Kandungan Rozel: 

Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid. 





Read more...