Le'Roselle Skincare
Rollagen Slim
Whitening Soup
 

Profil

 

Le Roselle Cosmetic and SPA




Syarikat  Le Roselle Cosmetic and SPA telah ditubuhkan pada   tahun 2000. Syarikat yang diterajui oleh En Azhar bin Md Yusoff dan 68 kakitangan yang mempunyai minat dan pengalaman dalam bidang pemasaran makanan dan minuman, makanan tambahan kesihatan serta  kosmetik telah meneroka industri penghasilan produk-produk  berasaskan roselle dengan menggunakan teknologi terkini serta kepakaran yang lebih advance bagi menepati pasaran dan permintaan semasa.

Dengan kepayahan dan kesusahan menghadapi saingan dalam industri ini serta modal yang terhad, akhirnya syarikat telah berjaya mengeluarkan beberapa produk  berasaskan roselle dalam bentuk minuman kecergasan untuk lelaki dan perempuan, jus, sabun, kolagen, the dan kosmetik. Di samping roselle, produk-produk berasaskan guava, rambutan, durian Belanda dan buah-buahan juga  dikeluarkan bagi memenuhi kehendak pengguna semasa.

Dengan bantuan dari pihak SIRIM dan MARDI, produk-produk syarikat dapat memenuhi standard piawaian kesihatan  dan  selamat untuk digunakan. Kajian-kajian sentiasa di jalankan di makmal-makmal yang bertauliah manakala  produk yang telah siap akan dihantar ke makmal  USM bagi pemastian dan kesahihan  keselamatan untuk pengguna.




Selain mengeluarkan produk, syarikat juga telah mendapat permintaan yang tinggi bagi Khidmat Kontrak Kilang (OEM). Setakat ini terdapat hampir  12 buah syarikat yang berada di bawah OEM dengan Al Faiz Industries Sdn Bhd (syarikat induk) manakala produk-produk di bawah pemasaran mereka mendapat sambutan yang  baik di pasaran tempatan dan kini dalam peringkat menembusi negara luar.                         

Dengan perkembangan yang merangsangkan , syarikat merancang untuk meningkatkan kuantiti pengeluaran disamping memastikan kualiti yang tinggi. Untuk itu  syarikat telah berusaha membeli dua buah kilang industri di Kawasan Mergong. Kilang ini yang akan bertaraf GMP  (Good Manufacturing Practice) akan  dilengkapi dengan peralatan dan mesin yang sophisticated. Kilang ini juga akan mempunyai makmal yang tersendiri bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan dalam industri ini.

Dengan adanya pertambahan kilang, syarikat dapat membuka peluang-peluang pekerjaan untuk pekerja mahir dan separuh mahir. Pengurusan syarikat akan dilengkapi oleh semua golongan termasuk professional, berpengalaman dan perintis.  Pekerja-pekerja akan diberi latihan bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang perindustrian herba dan pengeluaran bahan makanan berasaskan hasil-hasil tempatan.

Bagi mengatasi masalah sumber bahan mentah, syarikat kini dalam perbincangan dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi mewujudkan kawasan ladang di kawasan simpanan kerajaan yang terbiar. Projek ini akan diusahakan oleh penduduk-penduduk kampung dengan selia kawal dari pihak syarikat dan akan  dibantu oleh agensi-agensi kerajaan. Syarikat juga akan mewujudkan kerjasama dengan pihak  MADA,  RISDA, FELCRA dan FELDA  bagi menggalakkan industri tanaman herba kecil-kecilan untuk peneroka dan pengusaha mereka.

Dengan rangkaian perniagaan yang sedia ada serta rakan-rakan kontrak OEM, syarikat berkeyakinan dapat meningkatkan  penjualan dan menjadi pesaing yang hebat dalam pasaran tempatan serta antarabangsa. Semuga industri ini akan memberi menafaat kepada semua pihak.