Ada pendapat yang menyatakan Roselle berasal dari
India namun ada juga yang menyatakan Roselle berasal dari Afrika Barat. Roselle
diperkenalkan di Asia Tenggara melalui Malaysia sejak lebih dari tiga abad yang
lalu.
Di Malaysia, Roselle dikenali sebagai asam paya,
asam kumbang atau asam susur oleh penduduk tempatan. Di India Barat pula ia
disebut sebagai Jamaican sorrel.
Di Afrika, biji Roselle dimakan kerana dipercayai
mengandungi minyak-minyak tertentu. Manakala di Sudan, Roselle diproses untuk
dijadikan minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh minuman kebangsaan orang
Sudan.